Louis Saha Menyinar!
Patah tumbuh hilang berganti. Begitulah ibarat pepatah buat pasukan bolasepak Manchester United (MU). Pemergian penyerang antarabangsa Belanda, Ruud van Nistelrooy ke pasukan Real Madrid, tidak memberikan kesan ke atas barisan serangan MU. Sebaliknya, MU kini lebih berbangga dengan penggantinya, Louis Saha (foto), yang menyarung jersi no. 9.
Pembelian Saha dari kelab Fulham, nampaknya berbaloi dengan prestasi yang ditunjukkan. Pada perlawanan pertama English Premier League (EPL), pasukan MU telah membenam pasukan Fulham 5-1, di mana beliau turut menjaringkan gol (gol pertama), menerusi tandukan, hasil hantaran Wayne Rooney. Lain² gol dijaringkan oleh Rooney (2gol) & C.Ronaldo.
Penyerang antarabangsa Perancis itu semakin berbisa, apabila menjaringkan gol dalam perlawanan kedua, menentang pasukan Charlton. Belaiu begitu bijak sekali dalam mencari ruang memburu gol. Pasukan MU menang 3-0.
Prestasi yang memberangsangkan pasukan MU, yang dibarisi pemain² handalan dunia, dijangka memberikan tentangan sengit dalam kancah bolasepak England, benua Eropah mahupun dunia. Glory Man United!